Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Saturday, 14 January 2012

Hantaran Perkahwinan

Masih dalam hangin nk menghapdate info2 pasal kahwen..hihi..eley, yang bace post ni pon teruja jer membace.haha..!

Nilai hantaran kahwin minimum mengikut harga purata terkini dan status pelajaran di seluruh semenanjung:

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000

Baik, skrg aku nk komen sket pasal nilai hantaran kahwin ni.bagi aku nilai2 hantaran kahwin ni cume untuk rujukan kepada sape2 yang kompius nk letak nilai hantaran.hanya la rujukan.means, xperlu cedok sebijik macam yang tertera ni.contohnye, macam aku, diploma jer. nanti nk kawen, bleh mintak antara RM8k - RM12k.. bagi aku itu cuma sekadar picisan atau sandaran untuk aku tentukan jumlah hantaran aku.

aku nk ckp sket ni.hihi..kpd anak2 dara yang nk kawen tu, xperlu la letak hantaran yang terlalu tinggi. nk mintak 10k..korang tu da terer sangat ke memasak? da terer sangat ke menguruskan kerja2 umah.da kompiden sangat ke bleh layan suami sebaik2 nye.bleh ke puaskan ati suami sepanjang mase?bleh ke tunggu kat pintu time suami balik kje?cium tangan suami?mintak izin time nk kluar umah.even, nk puasa sunat pun kna mintak izin suami tau. nti suami balik umah, bleh ke korang bukakkan stokin suami korang?nk 10k sangat kan..nanti da kawen, korang ke yg bagi anak2 korang makan pakai? x kan?suami korang jugak kan.klu sewa umah, korang ke yg bayarkan?pampers anak2 nti korag ke yg beli? hmmm..penat klu nk cite satu2..jd kesimpulannye, klu korang rase xmampu nk wat sume tu, jgn nk mintak tinggi2 sangat..

ni mintak tinggi2 da mcm jual barang da..hantaran yang rendah tidak bermakna nilai perkahwinan itu juga rendah.leih rendah, lebih berkat sesuatu perkahwinan tu tau..bg aku, aku xkesah..terpulang kepada kemampuan bakal suami aku.sb, bg aku, kehidupan selepas perkahwinan itu lebih bermakna daripada nk mintak berjuta2 or beriban2 duit hantaran, kononnye nk wat grand2..last2 nti pas kawen masing2 makan pasir..asik bayo utang time nk wat kenduri kawen tu..huhu..kesian kat org yang macam tu..

Mas kahwin

Harini ni aku nk share berkenaan mas kahwin..:) Bukan da gatal nk kawen tp, ini sekadar untuk berkongsi ilmu.dan aku rase ini penting untuk sape2 yang nk kawen.sb dalam perkahwinan, lelaki wajib memberi mas kahwin kepada bakal isteri. 

Mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isteriya dengan sebab perkahwinan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
" Berikanlah kepada oranng-orang perempuan itu maskahwin mereka". (Surah An-Nisaa'-Ayat 4)

Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki. 

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud ) 

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad )

Aku lampirkan skali nilai mas kahwin mengikut negeri :)


Nampak jer kan..terkeluor dr garisan laks..hihi..So thats all..:)