Tuesday 11 February 2014

Bekerja Atau Surirumah

Salam semua.

Hari ni, aku nak sentuh pasal wanita berkerjaya atau surirumah.Khas untuk yang dah berkahwin sahaja ye.Pada yg belum berkahwin pun, boleh bace.Mane la tau kot2 korang da nak kawen kan. :)

Aku berkelulusan diploma.DIPLOMA sahaja ye.Belum rezeki aku lg untuk sambung ijazah.Niat mmg dah ade,tp mungking sb kekangan kewangan dan masa serta status membuatkan aku terpaksa tangguhkan atau mungkin padamkan terus hasrat hati utk memiliki ijazah.Bg aku, xkisah la ade sijil ke, diploma ke, ijazah ke, master ke, malah PHD sekalipun.Yg penting, sentiasa bersyukur dan sentiasa menikmati apa yg telah kita miliki.Kan..kan..

Habis diploma atau lebih terperinci, sebelum grad diploma, Alhamdulillah aku telah dipanggil utk interview sbg Pegawai Pemasaran dan aku diterima.Walaupun gaji mase tu agak ciput,RM500 (gaji kasar, belum tolak gaji klu bercuti lg tu) aku terima jgk.Bg aku, xperlu memilih kerja.Janji, kita perform dgn baik, ikhlas, insyaAllah cukup la dgn rm500 tu.And YES.rm500 tu cukup.Selepas 6bulan bekerja, aku dinaikkan gaji kepada rm800.Dan dinaikkan lg kepada rm1000.dan lagi dan lagi.Alhamdulillah.

Dgn duit gaji tu, aku bleh beli motor sebijik.Yg mane, pas setel byr 3taun, motor tu da jadi arwah sb eksiden.So, sempat berkhidmat selama 3tahun jer.Sob,sob,sob..Dgn gaji tu jgk, aku bleh bg duit kat mak aku, duit utk sewa umah, belanja dapur.Dgn duit gaji tu jgk aku bleh uat perbelanjaan utk majlis pertunangan dan perkahwinan aku.Hehehe..

Almost 5years aku bekerja membanting tulang siang n malam.Akhirnya, aku decide utk resign.Atas alasan nak ikut husband.Almaklum la, dlm kepala hotak aku mase tu, xnak berjauhan dgn suami.Isteri kan sepatutnya di sisi suami.Hehe..Dan, sekarang aku surirumah tangga sepenuh masa.Dah setahun lbh aku jd surirumah.Mula2 mmg agak bosan.Xde menda nk buat.Kerja2 rutin je.Tapi, penat nye, bleh tahan jgk laa..Sekarang aku tgh pregnant anak sulung kami.Da masuk 7bln.Lagi la terasa penatnya.

Pada aku yg pernah merasa jd wanita berkerjaya dan surirumah sepenuh masa, 2-2 ade kelebihan masing2..Memandangkan aku bakal melahirkan baby kami, aku memilih utk jadi surirumah.Aku nk membesarkan anak aku dgn tangan aku sendiri.Tdk berminat utk hantar anak ke nursery.Sorry to say, aku xpercayakan nursery.Byk kes dera yg melibatkan pengasuh.Aku pun da macam ngeri je dengor.Better kalau aku sndiri yg jage anak aku.At least, aku dekat, bleh berkomunikasi dgn anak aku.Aku nk anak aku lebih rapat dgn parents die lebih daripada org luar.Aku nk die merasa kasih sayang aku, lebih drp orang lain berikan.Dan yang paling penting, aku nk fully breastfeed anak aku.

Ramai yg cakap, mane cukup kalau suami shj yang bekerja.Ya, kami memang xsenang.Tp, setakat ni Alhamdulillah, kami cukup makan pakai.N InsyaAllah, lepas lahirnya baby kami akan ada pula rezeki lain.Kami yakin.Ya.YAKIN..Yakin lah pada Allah.Pada pertolongan Allah :)

p/s:skrg baru berjinak2 dengan bisnes dropship.agak seronok jgk laa :)

2 comments: