Thursday 29 September 2011

Today is my birthday.

Tanggal 30hb September 1987,lahirlah seorang lagi umat Nabi Muhammad ke muka bumi ini.Betapa gembiranya hati seorang ibu apabila anak yang dikandung selama 9bulan 10 hari telah selamat dilahirkan.dengan titisan air mata,seorang ibu telah memanjatkan kesyukuran kerana telah diberikan satu lagi kurniaan Tuhan yang sangat berharga.

Anak yang dilahirkan dijaga dengan baik, ditatang dengan begitu penuh kasih sayang.tanpa ada sedikitpun keluhan.betapa gembiranya hati seorang ibu dan ayah.dan kini alhamdulillah, anak itu telah berusia 24 tahun.namun, di usia 24 tahun ini, hanya ibu dan adik beradik lain yang menemani.tiada lagi ayah yang sentiasa bergurau senda, yang berusaha menyekolahkan anaknya sehingga boleh menjadi insan yang berguna seperti sekarang ini, tiada lagi ayah yang sentiasa menjadikan suasana sentiasa ceria, tiada lagi seorang ayah yang sentiasa mengambil berat akan anaknya ini walaupun kadang-kadang membiarkan anak ini melakukan sesuatu dengan sendiri.namun ianya hanya untuk mengajar anak ini untuk lebih berdikari, boleh melakukannya apabila ayah sudah tiada.ya, sekarang ayah mmg btul2 sudah tiada.xperlu ditangisi pemergiannya, kerana dia pergi takkan kembali.apa yang anak ini mampu lakukan hanya berdoa dan sentiasa mengharapkan segala amalan-amalam mulia yang pernah dilakukan oleh ayahnya akan dibalas syurga olehNya.InsyaAllah.Semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin.

Ok, anak tu adalah aku.ye, Alhamdulillah, aku dah pun berumur 24 tahun.dan dah 24 tahun la aku dah berpijak dan meminjam alam ini.kita xtau bila kita akan mati dan aku mendoakan agar aku sentiasa diberikan kesihatan yang baik, umur yang panjang, berada dalam kebahagiaan dan semoga apa yang aku lakukan diredhai oleh Allah.Amin.

Jika diizinkan Allah, aku akan melangkah 1 lagi alam iaitu alam pertunangan. InsyaAllah 21012012 ini akan berlangsungnya majlis tersebut. Semoga aku dan dia dijodohkan dan semoga hubungan kami diredhai.;-)

No comments:

Post a Comment