Saturday, 14 January 2012

Mas kahwin

Harini ni aku nk share berkenaan mas kahwin..:) Bukan da gatal nk kawen tp, ini sekadar untuk berkongsi ilmu.dan aku rase ini penting untuk sape2 yang nk kawen.sb dalam perkahwinan, lelaki wajib memberi mas kahwin kepada bakal isteri. 

Mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isteriya dengan sebab perkahwinan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
" Berikanlah kepada oranng-orang perempuan itu maskahwin mereka". (Surah An-Nisaa'-Ayat 4)

Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki. 

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud ) 

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad )

Aku lampirkan skali nilai mas kahwin mengikut negeri :)


Nampak jer kan..terkeluor dr garisan laks..hihi..So thats all..:)

No comments:

Post a comment